Hidup

Terkadang hati manusia ini pelik. Hatinya berbolak balik. Hati nya inginkan bahagia. Selalu. Sentiasa. Tanpa henti, walau seketika. Kerana bahagia itu penting? Jadi, bila dia tidak bahagia. Dia mula menyalahkan semua yang di sekelilingnya. Dan yang paling tinggi, dia salahkan takdir atas ketidakbahagiaan dirinya.
Aku
Ia aku
Aku adalah manusia itu
Terkadang ku lihat nasib mereka yang lagi baik dariku
Aku mula persoalkan takdir
Kenapa mereka ada apa yang aku tiada
Darjat mereka lebih tinggi dari diriku di sisi Tuhan
Adakah Tuhan benci akan hambanya ini
Mungkin dosa ku terlampau banyak
Sehingga Tuhan mula bosan dengan doa doa ku setiap hari
Ahhhh
Solat pun di hujung waktu
Ada hati inginkan bahagia seperti mereka yang beramal
Sedar diri tu sendiri
Kau siapa nak persoalkan takdir


Sepi
Kosong
Hati aku kosong
Aku takut
Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada
Kata kata itu ku pegang.
Diam


Apa definisi bahagia
Harta
Ia harta memang membahagiakan
Kenapa aku tiada harta seperti orang lain
Hidup mereka seolah tiada masalah
Ha ha ha
Harta....

Apa yang aku cari dalam hidup aku
Apaa
Apaaaa
Apaaaaaa

"hiduplah sehidupnya, kerana esok tidak pasti kau masih hidup"